Sunday, 15 May 2011

Menu Petang

Pisang Goreng
First Recipe
Bahan-bahan ( 1 orang )
    * 1 biji pisang tanduk
    * 1/2 cawan tepung serbaguna
    * 1/2 sudu kecil kapor makan
    * 1/2 sudu besar garam
    * 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
    * 1 cawan air suam


Cara-cara

  
1. Pisang di buang kulit dan di hiris halus halus secara memanjang. Campurkan bahan A sehingga sebati. Bancuhan ni mesti pekat agar nanti tepung ni bersalut dengan tepung. Panaskan minyak di dalam kuali, celupkan pisang ke dalam tepung yang siap di bancuh kemuadian goreng sehingga kekuningan. Angkat. Siap untuk disantap. inilah secret resepi dari bonda kesayanganku.. Puan Salbiah Harun..
   2. p/s: Tepung yang dibancuh tu kalu lebih boleh di simpan dalam peti ais.

Second Recipe
Ingredients

# 1/2 cup self-raising flour
# 1/4 cup corn flour
# 1 tbsp rice flour
# Pinch of salt
# 1/2 tsp baking powder
# 180ml water or just enough
# 1½ tbsp oil
# 5-6 bananas, halved
# Enough oil for deep-frying


Method
Combine the various flours, salt and baking powder in a mixing bowl. Pour in water and combine into a batter. Add in oil to mix.

Coat banana halves in batter and deep-fry in hot oil for three to four minutes or until crispy and golden brown. Remove and drain on crumbled kitchen paper.


Third Recipe 
Ingredients

# 100 g rice flour
# 30 g plain flour
# 1 level tbsp sugar
# ¼ level tsp salt
# 1 ½ tbsp sesame seeds
# 150 ml water
# 1 bunch cooking bananas such as pisang abu, pisang raja or pisang awak
# Oil for deep frying


Method
In a small mixing bowl, combine the rice and plain flours, sugar, salt and sesame seeds. Stir in the water to make smooth batter.

Peel bananas and cut into halves lengthwise. Heat oil in a wok or saucepan over medium heat. (Oil should be about 4 cm deep.) When hot, dip the bananas into the batter and slip them into the hot oil. Fry a few pieces at a time until golden brown on one side and then turn over to brown the other.

Carefully remove from the oil as they cook and drain on absorbent paper. Serve warm.

 

Cucur Udang
Resepi 1
Bahan-bahan ( family )

   
* 3 cawan tepung
    * 1 cawan udang
    * 1 bawang besar,1 tangkai cili merah-hiris halus
    * garam n gula secukup rasa
    * daun bawang-hiris, isi jagung, 1 biji kentang (besar) parut kasar
    * air panas yg mendidih
    * minyak utk menggoreng

Cara-cara

   1. campurkan semua bahan kecuali air.gaul rata
   2. tuang air sikit2 sambil digaul.tuang sampai adunan boleh dibulat2kan
   3. Panaskan minyak.bulat2kan adunan n bolehlah digoreng..
   4. sedap dimakan begitu saja mahupun dengan sos cili

 Resepi 2
Bahan-Bahan:

tepung gandum 1kg
udang basah -ikut selera
daun bawang dlm 1 ikat
taugeh lebih kurang dlm 50sen
carrot 2btg dihiris halus
1 sudu kecil baking powder
garam secukup rasa
air
minyak utk menggoreng     

Bahan utk sos cucur udang :
8 tangkai lada kering direbus terlebih dahulu
garam secukup rasa
gula secukup rasa
sos tomato dlm 2 sudu besar
sos cili dlm 2 sudu besar
kesemua bahan tersebut dikisar
kacang tanah digoreng tanpa minyak,ditumbuk dan digaul dlm sos tadi
sos 

Cara:
campurkan tepung,udang,carrot,daun bawang yg telah dihiris,taugeh,baking powder,garam dan air.digaul rata , jgn terlampau pekat dan terlampau cair bancuhannya.biarkan dlm satu jam barulah menggoreng.
Cucur Pisang


Bahan-Bahan:2 mangkuk pisang ( pisang asam ) yang sudah dikupas, buangkan urat dan
lenyek sehingga lembik.
Masukkan 2-3 senduk gula merah dan lenyek & gaul rata.
    Masukkan sebiji telur ayam ( yang dipukul kembang jika tak pakai
bicarbonate soda ), gaul rata.
Secubit bicarbonate soda , setengah cawan susu penuh krim dan
semangkuk tepung gandum + secubit garam. Gaul semua rata rata.
Set aside.
Cara:Panaskan kuali, masukkan minyak yang banyak. Panaskan.
Api mesti sederhana. Masukkan daun pandan yang telah disimpul
dan bila dah agak garing, keluarkan. Boleh mula gorengkan
jemput-jemput. Either guna hujung jari ataupun dua sudu kecil.
Goreng terendam sehingga agak garing, balik-balikkan. Boleh angkat
dan serve. 
 
Resepi Cucur Pisang/Jemput-Jemput Pisang
Bahan-bahan :
* 2 mangkuk pisang ( pisang asam ) yang sudah dikupas, buangkan urat dan
* lenyek sehingga lembik.
* Masukkan 2-3 senduk gula merah dan lenyek & gaul rata.
* Masukkan sebiji telur ayam ( yang dipukul kembang jika tak pakai
* bicarbonate soda ), gaul rata.
* Secubit bicarbonate soda , setengah cawan susu penuh krim dan
* semangkuk tepung gandum + secubit garam. Gaul semua rata rata.
 

Cara-cara :
Panaskan kuali, masukkan minyak yang banyak. Panaskan. Api mesti sederhana. Masukkan daun pandan yang telah disimpul dan bila dah agak garing, keluarkan. Boleh mula gorengkan jemput-jemput. Either guna hujung jari ataupun dua sudu kecil. Goreng terendam sehingga agak garing, balik-balikkan. Boleh angkat dan serve.
 
Ubi Kayu Goreng


Bahan-bahan
2 biji ubi kayu mentah
2 cawan tepong ubi
sedikit gula
sedikit garam
air panas
minyak untuk menggoreng

Cara-cara
- kupas ubi kayu, potong bentuk bulat (kepingan)
- basuh ubi, sediakan tepong tadi, bancuh bersama gula, garam dan air panas
- panaskan minyak
- celupkan ubi dalam bahan yanng dicampur td, goreng sehingga kekuningan
- hidanngkan panas-panas
 
Begedil Ubi 


Bahan-bahan450 gm gula pasir
280 ml air
2 helai daun pandan
600gm ubi kayu
200gm kelapa parut, dibuang kulit ari
secubit garam
beberapa titis pewarna kuning
2 biji telur, dipukul sedikit
1 susu besar mentega

 
Cara
1. bubuh gula, air dan daun pandan ke dalam periuk dan masak dgn api perlahan sehingga gula larut. sejukkan.

2. kupas ubi kayu, bahagikan 2 bahagian. satu bahagian dikisar halus, satu bahagian disagat (parut) kasar. ketepikan

3. kisar kelapa sehingga halus. kebtepikan.

4. di dalam mangkuk adunan, campurkan ubi kisar dan ubi sagat, kelapa, garam dan air gula yg telah disejukkan tadi. kacau rata, campurkan sedikit pewarna kuning, dan telur. kacau hingga sebati.

5. tuang adunan ke dalam loyang 9 x 9 yg sudah disapu dgn mentega.

6. bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 1 jam..

selamat MAKAN!

Cendawan Goreng



Cendawan (seperti gambar di sebelah) 
1/2 cawan tepung serbaguna
1/2 sudu kecil kapor makan
1/2 sudu besar garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 cawan air suam

Cara-cara
1. Cenndawan dibasuh dan disejat. Kemudiann, campurkan bahan A sehingga sebati. Bancuhan ni mesti pekat agar nanti tepung ni bersalut dengan cendawan. Panaskan minyak di dalam kuali, celupkan cendawan ke dalam tepung yang siap di bancuh kemuadian goreng sehingga kekuningan. Angkat. Siap untuk dihidang   
2. Tepung yang dibancuh tu kalu lebih boleh di simpan dalam peti ais, tetapi jangan terlalu lama (sampai seminnggu) nanti lain plak jadi nya.








Mee Rebus

Mee Rebus 1 

Bahan-Bahan:
1 kg mee kuning (dicelur)
300 gm tauge
2 tangkai daun sup (dihiris)
2 tangkai daun bawang (dihiris)
8 biji cili merah (dihiris)
4 keping tauhu goreng (dihiris)
Sedikit bawang goreng
6 biji telur (dibelah)
6 biji limau kasturi (dibelah).

Bahan Penumis Dikisar:
2 sudu besar ketumbar
6 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering
1 sudu kecil jintan kasar
1 sudu kecil jintan manis     

Bahan Kuah:

300 gm daging (cincang)
200 gm tetel (direbus)
300 gm keledek (direbus)
250 gm udang basah
5 sudu besar taucu
1 cawan kacang tanah (ditumbuk halus)
1 batang serai (diketuk)
2 cm lengkuas (diketuk)
½ cawan minyak masak
Garam, gula & air secukupnya

Cara:
Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan Bahan Penumis hingga garing. Masukkan daging cincang, tetel & udang. Gaulkan supaya bercampur rata. Kemudian masukkan kacang tanah, air, gara, gula & taucu. Kacau selalu supaya tidak hangit. Bila sudah masak bolehlah diangkat.
Cadangan Hidangan:
Masukkan sedikit mee ke dalam mangkuk. Bubuhkan serba sedikit tauge, telur rebus, tauhu goreng, limau kasturi, cili merah, daun sup & daun bawang. Kemudian tuangkan kuah panas hingga penuh. Taburkan bawang goreng.

Mee Rebus 2
 
Bahan-bahan ( 5 orang )

    * 500 g mee kuning
    * 2 keping tauhu, digoreng dan dihiris
    * 3 - 4 biji telur rebus, dibelah dua
    * Limau kasturi secukupnya
    * Taugeh, dibuang ekor dan dicelur
    * 2 - 3 kelopak salad kobis, dihiris halus
    * Hirisan cili hijau dan merah
    * Bawang goreng dan hirisan daun sup/bawang
    * 250 g udang sederhana besar
 
BAHAN-BAHAN UTK KUAH:-
    * 3 ulas bawang putih*
    * 6 biji bawang merah kecil*
    * 1/2 cm halia*
    * 2 camca besar udang kering, direndam 10 minit dan toskan*
    * 2 camca besar taucu, dicuci dan toskan*(*dikisar halus)
    * 2 camca besar rempah kari ikan, dibancuh dgn sedikit air
    * 1 batang serai, dititik
    * 1 inci lengkuas, dititik
    * 3 biji kentang, direbus hingga empuk dan dilecek halus
    * 1 camca besar tepung gandum,dibancuh dgn sedikit air. (optional)
    * 1 biji tomato, dibelah empat

Cara-cara

   1. Cuci udang, kupas kulitnya dan asingkan isinya. Dalam periuk tuang sedikit minyak dan goreng kulit udang hingga kemerahan. Tuang air (anggaran 1.5 liter), masukkan belahan bawang besar, dan lobak merah (jika ada). Renih 30 minit utk mendapatkan stok udang. Buang kotoran yg timbul (seakan2 buih bewarna merah ketika mendidih atau dipanggil "scum"). Ketepikan
   2. Dalam periuk lain, tuang 1/2 cawan minyak masak, goreng udang yg tlh dikopek selama seminit. Angkat dan toskan. Dgn minyak yg sama masukkan serai dan lengkuas diikuti bhn2 kisar dan rempah kari. Tumis hingga terbit minyak.
   3. Tuangkan air rebusan udang, kentang lecek dan belahan tomato. Perasakkan dgn garam dan gula secukupnya. Masak hingga kuah pekat. Boleh dimasukkan bancuhan tepung gandum jika kuah kurang pekat. Angkat dan boleh dihidangkan bersama mee.(kuah bergantung pada keperluan masing2)
   4. UTK MENGHIDANG:- Celur mee dan masukkan ke dalam mangkuk, susun tauhu dan tauge. tuang kuah hingga 3/4 penuh. Hias dgn telur rebus, hirisan salad kobis, hirisan cili hijau/merah, udang yg tlh digoreng tadi, bwg goreng, daun sup/bawang dan belahan limau kasturi (boleh juga dgn carikkan daging ayam)... Bolehlah dihidangkan

Keropok Lekor
RESEPI KEROPOK LEKOR 1
Bahan-bahan ( 10 org )
    * 1 kilo ikan kembung/ selayang
    * 500 g tepung kanji/ubi @ seeloknya tepung sagu
    * sedikit garam
    * beberapa ketul kiub ais/air batu
    * Air secukupnya (agak2 le)
    * * boleh campurkn sedikit tepung biasa kalau takut liat ( tp sy x guna pun)


Cara-cara

   1. Asingkan isi ikan dari tulangnya, kemudian tumbuk @ cincang halus2.
   2. Sambil tumbuk halus isi ikan tadi masukkan kiub ais tadi sikit demi sikit.
   3. Gaulkan tepung bersama dengan isi ikan tadi sambil masukkan sedikit garam dan air ( agak2 le).
   4. Akhir sekali uli bahan2 tadi bentuk kan menjadi bulat memanjang dan rebus kedalam air mendidih. bila dah timbul angkat , sejukkan dan bolehlah goreng dan makan..



RESEPI KEROPOK LEKOR 2

BAHAN-BAHAN:-
1 mangkuk isi ikan kembung yg telah siap dibuang kulit dan tulangnye.
3/4 mangkuk tepung kanji
3 genggam tepung gandum
Sedikit garam halus
Sedikit ajinomoto
Air secukupnye(anggaran 1/2 cawan je)



CARA-CARA MEMPROSESNYE:-
-Ikan dibersihkan dan dibuang kepala,ekor,kulit dan tulangnye.
-Kemudian sukat isinye dgn ape2 mamgkuk.
-Blender isi ikan td bersama air,garam dan ajinomoto.
-Tuang isi ikan yg telah disiap blender kedalam bekas besar (besin)
-Masukkan tepung kanji bersama tepung gandum, gaul sebati sehingga menjadi doh tidak yang melekat ditanggan.
-Kemudian gentil, menggikut saiz sendiri. Pape bentuk punn xpe. Janji nak makan ada selera. Jangan bentuk pelik² dah.. hehehe
 
-Rebus dalam air yg mendidih. Apabila keropok tu dah timbul itu maknanye dah masak boleh diangkat dan disejat airnye.
- Boleh dimakan terus, atau digoreng dulu. Sebab ia dah masak. Kebannyakkan orang Kelantan dann Terengganu suka yang rebus je, "fresh" katanya..

Kentang Goreng

RESEPI 1 
Bahan-bahan ( 3 biji kentang saiz besar )

    * 3 biji kentang bersaiz besar
    * 1 kiub pati ayam / bilis
    * Air secukupnya utk merebus
    * Minyak utk menggoreng - "deep fry"

Cara-cara

   1. Kupas kulit kentang di dalam rendaman air supaya isi kentang tidak hitam.
   2. Cuci bersih kentang dan potong ikut suka - saya potong kentang kepada 4 bahagian.
   3. Rebus kentang sehingga agak empuk. Masukkan sekali kiub pati ayam / bilis ke dalam rebusan kentang.
   4. Setelah kentang agak empuk, angkat dan toskan sebentar sambil menunggu minyak panas.
   5. Apabila minyak sudah panas. Goreng kentang secara "deep fry" sehingga warna kentang kelihatan perang.
   6. Angkat dan toskan minyak dengan menggunakan tisu serap minyak.

RESEPI 2

bahan-bahan

   1. kentang sekilo (makan ramai2 ~tu pun mcm xcukup je..huhu )
   2. garam dan gula secukup rasa
   3. serbuk lada hitam dan putih secukup rasa
   4. tepung gandum (5sudu besar utk 3biji kentang saiz sedang2)
   5. minyak utk menggoreng
   6. serbuk kunyit (mencantikkan wedges~sikit je..)
   7. sos dan mayonis nak sedap lg beli cheezy (mcm wedges yg kt kfc tu..hehe)

Cara membuatnya

    * kupas kulit kentang dan potong mcm wedges yg biasa kita makan..jgn terlalu kecil dan kurus
    * rebus sampai masak (jgn terlalu masak..nanti cepat hancur). slalunya 15minit hingga 20minit je.. ikut kuantiti kentang.. kalo sikit kentang, 10minit pon dah masak..dah masak, toskan dan biarkan sejuk.
    * campur tepung gandum,serbuk kunyit, serbuk lada dan garam gula. gaul sebati
    * masukkan air..mengikut kuantiti tepung..jgn terlalu cair dan terlalu pekat.. asal lekat kt kentang je..
    * sama je mcm buat utk pisang goreng..
    * celupkan kentang dan goreng.
    * bila dan warna keemasan, angkat
    * sedia utk dimakan..
    * sedap dimakan time panas2.. dgn sos, mayonis dan cheezy.
Biasa yanng kat kedai camni la rupenyer.. Rasa tetap sama.. Sedap makan camtu aje or cecah sos..

No comments:

Post a Comment